Jan
29
Filed Under (Cerita) by Mahadi on 29-01-2008

Titis-titis hujan jelas kedengaran menimpa bumbung suria. Entahla, cuaca masih tak menentu sekarang. Sekejap hujan, sekejap berangin, sekejap beku. Adakala, sang mentari sempat menjengukkan diri buat beberapa ketika sebelum hilang dalam persekitaran siang yang singkat.

Ramalan cuaca mengatakan salji akan turun lagi minggu ini. Ingatkan sudah tamat, rupanya ada lagi sisa-sisa yang akan datang. Biasanya, kalau ada salji, suhu tidak terlalu rendah. Dalam lingkungan 0 darjah. Tapi, persekitaran beku yang paling tak menyelesakan. Suhu boleh mencecah beberapa darjah dibawah paras beku, yakni negatif. Kalu berada diluar, tangan terpaksa disisipkan ke dalam poket baju panas. Tak boleh dikeluarkan tanpa tujuan. Terlalu dingin sampai terasa kebas.
Dalam sehari-dua kebelakangan ini,  persekitaran agak selesa, dalam lingkungan 7 hingga 10 darjah Celcius. Kalau diluar, tangan sudah boleh lepas bebas berayun mengikut rentak kaki melangkah. Tapi, kalau salji turun lagi, alamatnya suhu akan turut jatuh keparas rendah. Terpaksa menyorok lagi sepasang tangan ini.

Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata Upi semasa diawal September lalu, ‘kalu suhu macam ni memang selesa la’, merujuk kepada persekitaran suhu pada ketika itu yang berada dalam lingkungan 15 darjah Cecius. Hm..Suhu yang cukup selesa.

Img_4683

Jan
20
Filed Under (Uncategorized) by Mahadi on 20-01-2008

Dikesempatan yang ada, penulis
sempat bersama-sama himpunan perasaan yang berbaur hiba, kerinduan yang seakan
tiada nokhtah, rakan-rakan yang baru tiba memulakan perjalanan sebagai
perantau. Walaupun Texas itu terlalu jauh, dan St Andrew adalah dekat lokasinya
dengan penulis, namun, kedua-dua destinasi ini tetap jauh dari Malaysia. Untuk anda, siapa jua, dimana jua…

 

Hai anak perantau

Perjalananmu baru bermula

Kuatkan kakimu mengatur langkah

Dunia ini terlalu asing

Tabahkanlah diri berjuang

Di rantau orang

 

Wahai hati yang bertebaran

Yang terawang-awangan

Bersatulah kepangkuan diri

Diri itu perlu kekuatan

Menghadapi setiap jenak dugaan

Dan mohonkanlah kurniaan Ar-Rahman

Kerna sesungguhnya

Dialah yang Maha Mengetahui

 

Dari runtuhan sisa kekuatan yang lalu

Himpunkanlah, binakan asas yang kukuh

Walau sesukar mana cabaran, dugaan

Kejayaan unggul menanti kalian

Dikau kebanggaan ayah bonda tersayang

 

New_picture_10_1

New_picture_8

Jan
20
Filed Under (Uncategorized) by Mahadi on 20-01-2008

    Fasa baru dalam kehidupan penulis bermula lagi di saat tahun baru 2008 menyingkap tirainya. Setelah bertungkus-lumus menyiapkan tugasan pada minggu pertama, dikuti pembentangan penuh bergaya tiga hari kemudiannya, disusuli minggu berikutnya dengan tugasan yang menuntut penggunaan akal minda yang waras, masa, serta kerja tenaga. Adapun sebahagian besar telah pun berjaya disiapkan, namun, penulis terpaksa memaksimumkan penggunaan masa hingga ke titis akhirnya. Nafas kelegaan menghembus lalu sebaik kotak drop menelan fail asigment penulis. Tatkala, ketika itu, teman-teman seperjuangan masih di lab, berjuang berhabis-habisan.
    Begitupun, nafas kelegaan hanyalah seperti angin sepoi-sepoi bahasa yang bertiup di kala senja. Tugasan yang berikutnya melambai-lambai dan menanti penuh makna. Kalau tak di layan, alamat merana lah diri di saat-akhir nanti.

Img_6074

pict-contengan sebuah ‘tugu peringatan’ di whiteboard lab

Jan
07
Filed Under (Cerita) by Mahadi on 07-01-2008

Keletuk-keletak,
keletuk-keletak. Aku memandang keatas, melihat tepat ke bumbung suria. ‘Apekebendenye
tu’, getus hatiku. Lantas aku ke dapur. Aku bukakan bumbung suria di dapur. Aku
menjengul keluar melihat apa yang berlaku.

Suasana agak
suram, angin bertiup kencang. Aku dapati, beberapa ketulan-ketulan kecil ais
sebesar biji kacang hijau memenuhi bumbung. Rupanya seakan ais Solero Shots.
Dikuti selepas itu angin yang membawa ais seakan-akan kekabu yang ditiup angin
petang.

Lantas aku ke
bilik. Aku ‘online’kan YM dan hantar mesej kepada Mai yang tinggal di Flat
Seabraes.

>Check kt
luar tngkap

>ketulan2
ais turun

<takde pun

>tgk
btul2. xkan xsmpai kt sebrez kot

<a’a. Ada2

<Ni tgh dk
ambil gambar

>Dgn ini
dmklumkan bhw snow da stat trun di dndee buat pertama kalinya utk thun ini

……….

Walapun ais agak
tebal pada hari tersebut, namun tidak sama seperti yang ku alami di Munich tempoh
hari. Tugasan masih lagi banyak yang belum siap. Lalu aku kembali meneliti satu-persatu
bahan-bahan rujukan untuk meneruskan penulisan.

Pada waktu
malamnya, dek kerana suhu yang lebih tinggi dari paras beku, ais mula cair dan
keadaan kembali seperti sediakala keesokannya.

Img_5586_1

pict:kat sini tak amik, jd letak yang kat Munich aritu je.

*Solero Shots adalah barangan dagangan berdaftar pernah dikeluarkan Unilever (Wall’s Ice Cream)

*bentuk ais yang dilihat adalah jenis sleet, turun bersama-salji tempoh hari