“Nothing is impossible until you say it is”-Machinashire
Program Fresher’s Camp anjuran persatuan-persatuan dan komuniti-komuniti melayu sekitar Dundee, Glasgow, Aberdeen dan Edinburgh bertempat di Isles of Skye menemukan penulis dengan pelajar-pelajar Malaysia lain yang berada di bumi Scotland ini. Disebabkan lokasinya yang agak jauh di sebelah barat laut pulau British, penulis berpeluang manjadi pemandu kedua dan sempat memandu mini MPV Zafira membelah pekan Inverness dan menelusuri jalan di pinggiran Loch Ness (lokh-ness) yang terkenal dengan makhluk ghaib Nessie.
Program selama 2 hari yang bertemakan kem motivasi pada hari pertama dan jalan-jalan pada hari kedua sememangnya menarik. Keindahan alam ciptaan Al-Khalik di sekitar pulau Isles of Skye amat mempesonkan. Disini juga wujud istana-istana lama dan yang sempat penulis kunjungi secara dekat adalah Dunvegan Castle. Dan yang paling indah ialah salah satu air terjun yang alirannya terus ke laut, namun, apa yang dilihat adalah terjunan air yang tak berpenghujung dan airnya menghilang di celahan batu. SUBHANALLAH.
Hari ini, genap dua bulan penulis berada di bumi Dundee. Masa sememangnya dirasakan semakin pantas berlalu lantaran tugasan demi tugasan datang dan singgah lalu pergi menghilang tatkala tarikh submit menjelma. Waktu hujung minggu juga tidak dapat dipergunakan sepenuhnya oleh penulis bagi tujuan ilmiah disebabkan kewujudan aktiviti riadah dan jalan-jalan yang adakalanya datang tanpa penulis benar-benar bersedia untuk menghadapinya. Hujung minggu selepas Hari Raya disibukkan oleh penulis dengan mengunjungi rumah terbuka di sekitar Dundee dan Perth.
Kunjungan Ustaz Erfino(http://erfino.blogspot.com/), Pegawai Atase Pendidikan, MSD UK & Ireland ke Sambutan Hari Raya Komuniti Melayu Dundee menyebabkan penulis terlibat sama dalam membawa beliau berjalan-jalan ke St Andrew, melawat kawasan sakitar serta padang golf tertua di dunia.
*bersambung